2020年5月1日星期五

PENYATAAN MASALAH, OBJEKTIF DAN DAPATAN KAJIAN ( PART 2 ) BAGI PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG SISTEMATIK


 PENYATAAN MASALAH KAJIAN

1. Apakah rutin bilik darjah yang merupakan aktiviti pengurusan bilik darjah?
2. Bagaimanakah cara agihan kelas yang merupakan salah satu elemen pengurusan
bilik darjah?
3. Apakah cara terbaik dalam pengurusan bilik darjah dalam sesebuah sekolah?


OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengenal pasti rutin bilik darjah di sekolah-sekolah.
2. Untuk mengenal pasti cara agihan kelas di sekolah-sekolah.
3. Untuk mengenal pasti cara terbaik dalam pengurusan bilik darjah di sesebuah sekolah.

 

DAPATAN KAJIAN BAGI PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG SISTEMATIK ( PART 2 )

Dalam kajian pengurusan bilik darjah, kami telah mengumpulkan maklumat dan data daripada tiga jenis sekolah yang berbeza, iaitu Sekolah Menengah Persendirian, Sekolah Menengah Kebangsaan, dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Dengan ini, maklumat yang diperolehi telah disusun mengikut dua bahagian dan bahagian ini akan menjelaskan cara kesusunan kedudukan pelajar dalam kelas, kaedah menceriakan kelas, pembelajaran secara berkumpulan, kaedah menyusun meja pelajar di kelas, dan cara merekod kehadiran pelajar.



Sekolah A
Sekolah B
Sekolah C
Cara kesusunan kedudukan pelajar dalam kelas
Ditentukan oleh guru kelas, tetapi guru subjek boleh menyusun semula kesusunan kedudukan pelajar mengikut keperluan pangajaran
Kesusunan kedudukan ditentukan oleh pelajar tetapi akan ditukar jika didapati tidak fokus terhadap pelajaran
Bagi kelas tahun rendah, kedudukan akan diagih secara kumpulan, dan pelajar akan bercampur dengan kebolehan yang berbeza supaya dapat salin menbantu.
Bagi kelas tahun atas, kedudukan akan ditentukan dua orang sahaja, supaya mereka boleh fokus
Setiap bulan kedudukan pelajar akan disusun semula oleh guru kelas mengikut ketinggian badan atau perwatakan pelajar.

Kesimpulan:
Berdasarkan jadual, didapati bahawa ketiga-tiga sekolah ini mempunyai cara kesusunan kedudukan pelajar yang berlainan. Cara kesusunan kedudukan pelajar bagi Sekolah A adalah ditentukan oleh guru kelas, tetapi guru subjek boleh menyusun semula kesusunan kedudukan pelajar mengikut keperluan pangajaran. Cara kesusunan kedudukan pelajar bagi Sekolah B adalah ditentukan oleh pelajar tetapi akan ditukar jika didapati tidak fokus terhadap pelajaran. Cara kesusunan kedudukan pelajar bagi Sekolah C pula dibahagikan kepada dua iaitu tahun rendah dan tahun atas. Kesusunan kedudukan bagi tahun rendah adalah diagihkan secara kumpulan. Manakalan kesusunan kedudukan bagi tahun atas adalah dua pelajar dalam sebaris sahaja.



Sekolah A
Sekolah B
Sekolah C
Kaedah menceriakan kelas
Guru akan menghias kelas mengikut kehendak mereka
Pelajar akan menggunakan kreativiti masing-masing untuk mencerikan kelas

Bagi kelas tahun rendah, guru kelas akan menceriakan kelas dengan menggunakan gambar kartun untuk manarik pelajar.
Bagi kelas tahun atas, guru kelas akan menceriakan kelas dengan meletakkan pelbagai maklumat pembelajaran seperti jadual kelas, jadual bertugas dan karya pelajar di atas papan buletin.  


Kesimpulan:
Berdasarkan jadual, ketiga-tiga buah sekolah ini telah menggunakan pelbagai kaedah untuk menceriakan kelas mereka. Bagi Sekolah A, guru akan menghias kelas mengikut kehendak mereka. Bagi Sekolah B, Pelajar akan menggunakan kreativiti masing-masing untuk mencerikan kelas. Bagi Sekolah C pula, guru kelas akan menceriakan kelas tahun rendah dengan menggunakan gambar kartun untuk manarik pelajar dan guru kelas juga akan menceriakan kelas tahun atas dengan meletakkan pelbagai maklumat pembelajaran seperti jadual kelas, jadual bertugas dan karya pelajar di atas papan buletin.   



Sekolah A
Sekolah B
Sekolah C
Pembelajaran secara berkumpulan
Ditentukan oleh guru kelas dan mengikut keperluan pangajaran
Ditentukan oleh guru kelas
Pelajar akan belajar secara berkumpulan jika menjalankan sebarang aktiviti

Kesimpulan:
Berdasarkan jadual, pembelajaran secara berkumpulan bagi Sekolah A,B dan C adalah sedikit berlainan. Pembelajaran secara berkumpulan bagi Sekolah A adalah ditentukan oleh guru kelas dan mengikut keperluan pangajaran. Bagi Sekolah B pula, pembelajaran secara berkumpulan ditentukan oleh guru kelas. Manakala pembelajaran secara berkumpulan bagi Sekolah C pula pelajar akan belajar secara berkumpulan jika menjalankan sebarang aktiviti.



Sekolah A
Sekolah B
Sekolah C
Kaedah menyusun meja pelajar di kelas
Disusun secara demokratik, tetapi akhirnya keputusan akan ditentu oleh guru kelas.
Disusun oleh pelajar secara rawak
- Bagi pelajar tahun rendah, susunan meja adalah secara berkumpulan
- Bagi pelajar tahun atas, susunan meja adalah secara berpasangan.
- Kedudukan akan berubah setiap bulan supaya setiap pelajar berpeluang menduduk di tempat yang berbeza.

Kesimpulan:
Berdasarka jadual, ketiga-tiga buah sekolah ini mempunyai kaedah yang berbeza untuk menyusun meja pelajar di kelas. Bagi Sekolah A, kaedah menyusun meja pelajar di kelas adalah disusun secara demokratik, tetapi akhirnya keputusan akan ditentu oleh guru kelas. Bagi Sekolah B, kaedah menyusun meja pelajar di kelas adalah disusun oleh pelajar secara rawak. Manakala bagi Sekolah C pula, kaedah menyusun meja pelajar di kelas adalah secara berkumpulan bagi pelajar tahun rendah dan secara berpasangan bagi pelajar tahun atas.



Sekolah A
Sekolah B
Sekolah C
Cara merekod kehadiran pelajar
3 hari tidak hadir tanpa alasan, sekolah akan maklumkan kepada ibu bapa. 10 hari tidak hadir tanpa alasan, surat amaran pertama akan dibagi, 15 hari tidak hadir tanpa alasan, surat amaran kedua akan dibagi, Manakala 30 hari tidak hadir tanpa alasan, akan dibuang sekolah.

-Bagi merekod kehadiran, ketua kelas akan memaklumkan kepada guru kelas, dan guru kelas akan memasukan maklumat kehadiran pelajar secara atas talian.
-Sekolah akan memberikan 3 kali surat amaran  terlebih dahulu jika tidak hadir tanpa sebab dan akan dibuang sekolah selepas 60 hari.
- Pihak sekolah akan memberi amaran kepada pelajar yang kehadirannya tidak baik.
- Pihak sekolah juga akan membuat kunjungan rumah ke rumah terhadap pelajar yang tidak hadir ke sekolah selama sebulan.

Kesimpulan:
Berdasarkan jadual, Sekolah A, B dan C telah menggunakan pelbagai cara untuk merekod kehadiran pelajar mereka. Contohnya, Sekolah A merekod kehadiran pelajar mereka dengan 3 hari tidak hadir tanpa alasan, sekolah akan maklumkan kepada ibu bapa. 10 hari tidak hadir tanpa alasan, surat amaran pertama akan dibagi, 15 hari tidak hadir tanpa alasan, surat amaran kedua akan dibagi, Manakala 30 hari tidak hadir tanpa alasan, pelajar akan dibuang sekolah. Cara merekod kehadiran pelajar bagi Sekolah B adalah ketua kelas akan memaklumkan kepada guru kelas, dan guru kelas akan memasukan maklumat kehadiran pelajar secara atas talian. Cara merekod kehadiran pelajar bagi Sekolah C pula, pihak sekolah akan memberi amaran kepada pelajar yang kehadirannya tidak baik dan membuat kunjungan rumah ke rumah terhadap pelajar yang tidak hadir ke sekolah selama sebulan.

没有评论:

发表评论